Best way and understanding is needed.

Amazon Ads.

KLIK DISINI KALAU ANDA RASA INI BLOG YANG ANDA SUKA!

Saturday, January 29, 2011

SehAri BeRsaMa KeKaWaN BuAt Ku GeMbira

SABTU MASA BERJALAN DAN BERULANG KE MINGGU BERIKUTNYA.


 Start kereta terus aizat menuju ke KTM serdang, ambil kawan-kawan yang baru datang dari KL. Selepas itu kami gerak dan pergi bersiar-siar di PUTRAJAYA. Alamanda, masjid Putrajaya dan banyak lagi tempat menarik yang kami tinggalkan jejak.
 Cantik rasanya kolam ini di Alamanda,Putrajaya...hmmm rasa cam nak letak satu kat rumah aizat ok x?
 Binaan yang terbaik.
 Taman-taman di PUTRAJAYA.
 Landskap yang cantik membuatkan aizat nak pergi lagi tempat ni.
 Arah nak keluar dari Alamanda.
 Jambatan PUTRAJAYA.
 Kami bergerak ke BANGI. Setelah puas berjalan kami rasa masanya untuk terjun beramai-ramai patut dimulakan sebentar lagi.
 Samapi di Bandar putra bukit mahkota.
 Minum dulu sebelum terjun ke bawah.
 Tempat yang sesuai untuk kami mulakan projek.
 Nmapaknya kami akan terjun lagi 4minit.
 Bukannya terjun dari bangunan ya, saya terjun ke dalam kolam renang je. Awas membunuh diri adalah dalam kategori dosa besar.
 Nampaknya bear ni memanggil saya untuk balik ke rumah saya semula setelah saya hantar kawan2 saya dari KL 2 PERGI sini.
Menggunakan kereta buruk saya ni, let's go nak balik dah ke Serdang. 

Wednesday, January 26, 2011

HARI INI HARI HARI DAN SETERUSNYA.

 Pagi-pagi datang office buat kopi minum, layannn.
 Pastu aku tengok internet dan terbaca tentang lukisan yang REAL.
 macam real la bagaimana buat nanti aku cerita.

 Keadaan office aku. Time ni aku dah balik kerja dan aku terus ke bangi mandi Swimming pool.
 Pemandangan di bangi.
 AIR BIRU YANG CANTIK.
 AKU MENYELAM SEDALAM YANG BOLEH.

Teringat esok aku akan ke kerja, banyak kerja tertangguh.

Thursday, January 20, 2011

MeNcArI mAkNa sEbEnaR sebUaH KeHiDuPaN

SEHARI AKU DI Kampus.

 Pagi lagi aku kena sampai di tempat parking ni. 7.00 pagi mesti ada, lambat parking penuh.
 Suasana di Fakulti Reka Bentuk.Universiti Putra Malaysia.
 Hujung minggu biasanya aku akan lepak kat pantai, tenangkan fikiran. Pangkalan balak, Melaka adalah pilihan aku,takpun pergi port dickson,Negeri Sembilan.
 Rasanya berhenti merokok adalah azam aku tahun ni. Apa agaknya visual dalam jantung aku.
 Shushi makanan jepun adalah makanan kegemaran aku, pon begitu kena tengok kedai ada yang halal, dan ada juga haram. Time kerja kat kedai tv dulu, aku selalu makan sushi, rasanya sedap ada juga pedas bergantung kepada bahan makanan.
Tahun-tahun menati detik kebahagian kian hampir. Berkahwin lagi 2 tahun, bagaikan menunggu 10 tahun. Nak kahwin duit kurang, kerja Oh kerja.

p/s:Komen dan kongsikan cerita anda. Terima kasih.

DUIT-DUIT-BAGAIMANA NAK INCOME TAMBAHAN-MULA SEKARANG



Hari ini dan saat ini aizat akan cerita tentang cara nak buat duit dengan internet, ada banyak cara tapi aizat akan kongsi sedikit untuk anda. Nak kongsi lebih email kat aizat  www.aizatt88@gmail.com.  OKey yang pertama saya ajar tentang buat duit guna SHAREAPIC. Anda daftar dulu kat shareapic kemudian selepas mendaftar  pergi dekat My Galleries  dan mula masukkan gambar. Setiap kali gambar anda di klik sebanyak 400 kali anda akan mula membuat duit dengan shareapic. Pastikan gambar itu milik anda dan bukan copy paste dari internet kerana sistem bijak shareapic akan banned anda. Langkah seterusnya anda dapat duit dan upload lebih gambar. Sekarang klik di bawah ini untuk dapatkan duit, sign up percuma dan tiada caj langsung. Belum cuba belum tahu.
Semuanya di tangan anda.


Klik disini jika anda betul-betul berminat untuk mendapat duit tambahan setiap bulan.

Wednesday, January 12, 2011

HARI KE-9 DI U

Nampaknya hari ini membosankan tidak seperti hari2 sebelumnya, aku cadang nak pergi ke pantai dungun, Terengganu. Aku dan kawan-kawanku kemas barang dan bertolak dari pukul 10.00 dan sampai dalam pukul 6 petang, ,memang best dan ini trip yang first untuk kami ke Terenggganu.

Sunday, January 9, 2011

Esok muLA kuliaH-hujung minggu baRU berAKhir.

Biasanya hujung minggu aku akan ke KL, dalam beberapa hari ini cuti jadi aku fikir pusing2 KL best jugak. Apa yang ada kat KL ni sebenarnya? Aq fikirlah kalau nak isi perut restoran memang tip top, banyak restoran dan bergantung kepada tempat, ada tempat harga normal, ada juga yang nak mencekik darah. Aq bab makan ni aku pergi area jalan dato keramat je, sate pon ada makanan pon sedap-sedap.


Tapi yang ak tak suka orang yang mabuk di Kuala Lumpur ni, dah mabuk menyusahkan orang, bergaduh 2 memang hal dioranglah tapi yang menyusahkan orang adalah menunggang motor secara mabuk dan langgar kereta orang, yang lebih menyedihkan langgar lari. Kes langgar orang pon ada..Hmmh macam2.


Life kat KL ni makin "bila larut malam", walau dah pukul 1 pagi aq tengok orang tetap ramai pergi berjalan , lepak2, memang suasana malam begitu "life". Tengok kereta drift pon best jugak, dekat dataran merdeka,Kuala Lumpur. Takut ak masuk lokap je, pernah aq tengok mat motor buat pacak dan willie tiba2 polis datang nak cekup kitorang, aku apa lagi cabutlah, buat2 tangkap gambar dataran bastu blah naik kereta,huh selamat. Aq kalau masuk lokap pon tak kisah sangat, tapi kalau dah menyusahkan orang, sampai ibubapa datang balai nak ikatjamin.....aduss memang hang. Fikir balik diorang esok nak pergi kerja pagi2, tido nanti tidak cukup..TAK BOLEH2. Nak enjoy, enjoy gak tapi jangan menyusahkan orang. :b


 Dah pukul 2 pagi tapi ramai yang berjalan-jalan. Ini yang berbeza dengan bandar2 lain di selangor.
Penunggang motor yang mabuk membahayakan orang lain, lari dari pihak berkuasa 2 memang dah biasa aq lihat, tapi yang aq takut nak lihat kepala bersepai atas jalan raya.

p/s:Kalau nak pergi jalan-jalan gelap eloklah bawa rakan ramai-ramai sebab banyak kes ragut dan rogol. WHATEVER, hmmh nak kongsi cerita2 yang mungkin pernah membuatkan korang fobia atau apa2 cerita yang berkaitan KL, silakan share, terima kasih. 

Thursday, January 6, 2011

DUA TEKNOLOGI TERPANTAS DI DARAT.


1. Dodge Tomahawk: Di antara top 10 motor terpantas di dunia The DodgeTomahawk adalah Viper V-10 sepeda motor yang berpusat mesin 500 tenaga kudadengan empat roda. Roda depan dua dan dua roda belakang, membuatnya kelihatan seperti quadricycle bermotor daripada sepeda motor yang khas. Menurut spesifikasirasmi 0-60 mph kali telah dianggarkan sebanyak 1.75 saat, dengan kelajuan puncak350 mph. Tetapi ada juga laporan bahawa kelajuan puncak 676 km / jam (sekitar 420mph). Chrysler dijual sembilan replika melalui Neiman Marcus, untuk sampai $555.000 masing-masing. Sepeda motor tidak boleh digalakkan secara sah di jalanumum. Kenderaan biasa dilancarkan di Amerika Utara 2003 International Auto Showdi Detroit, Michigan. motorsikal ini puncak chart top 10 Superbikes terpantas.
Mesin: 10-silinder 90 derajat V-jenis
Top speed: 350 batu per jam (560 km / h)
Power: 500 tenaga kuda (370 kW) @ 5600 rpm (45 kW / L)
Transmisi: 2-speed manual


2. Suzuki Hayabusa
Mesin: 1340 cc (82 cu in), 4-stroke, empat-silinder, liquid-cooled, DOHC, 16-injap
Top Speed: 248 batu per jam (397 km / h)
Power: 197 tenaga kuda (147 kW) @ 6750 rpm 147kW
Transmisi: 6-speed, mesh malar

2 Berdiri di senarai top 10 Superbikes terpantas bernama Hayabusa, terjemah terus dari Jepun sebagai Pergerine Falcon, jentera tersebut biasanya diperhebatkanmencapai kelajuan lebih dari 200 mph (322 km / h) dan pemangsa dari burung hitamumum. Nama Suzuki Hayabusa merupakan acuan halus untuk bersaing model HondaHawk. Ketika diperkenalkan pada tahun 1999, Suzuki Hayabusa CBR1100XXmemotong Honda Super Blackbird sebagai sepeda motor produksi tercepat.Generasi pertama disebut GSX1300R Hayabusa itu dan disokong oleh 1,299 cc (79.2cu in) inline-4 enjin liquid-cooled. Di AS, Hayabusa 2008 suzuki akan bermegah labelharga sebesar $ 11.999 dan berdiri masih dalam senarai top 10 basikal terpantas.

Movie melayu yang korang mesti tengok untuk tahun 2010.


DECEMBER-HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH
Time ak pergi tengok wayang hari sabtu dekat melaka mall, depan MBMB, Melaka, memang agak ramai yang nak tengok wayang, aq dan kawan-kawan aq tak tahu nak tengok cerita apa, lastly ak tengok cerita hantu kak limah balik rumah sebab cerita 2 akan show lagi 5 minit berbanding cerita lain lagi 1 jam baru nak start. Mula2 tengok agak cuak sebab ingatkan cerita hantu tapi sebenarnya cerita yang sangat kelakar bagi ak dan kwn2. Cerita mengenai Husin (awie) yang balik dari Singapura ke kampung, time malam dia nak tido hantu kak limah 2 sebelah dia, memang seram. Kampung tu jadi huru hara sebab Hantu kak limah, sampai panggil bomoh, pon tak boleh pakai....ada satu bomoh ni hampir nak berjaya tapi kena pukul, last 2 dapat tahu sebenarnya hantu kak limah ni orang yang terlepas dari tanjung rambutan atau pesakit. Dia diambil oleh pihak hospital dan dihantar anaknya yang juga tinggal di kampung tu.(sory ak malas nak tulis sinopsis-ni pengalaman ak tgk sendiri,haha) Ak saja nak cerita about this movie, sebab kelakar.

 Selepas 2 minggu tak pergi tengok wayang ak nak pergi dengan kawan ak yang ada kat KL nih. Time ak datang tak adalah ramai orang, ak pon pergilah nak beli tiket, tapi malangnya tiket untuk filem yang bertajuk Hantu kaka limah balik rumah habis dijual, wah ak macam tak percaya ak datang awal sejam nih...hmmmh best lah kot movie 2. Tempat lain ak tgk pon sama. Bertuah ak dapat tgk kat Melaka.huhu.





HARI KE 6 AKU KAT U.

PEGANG APA TU?
Macam biasa pagi-pagi kena bangun nak pergi bilik air, bagun pagi, berus gigi, cuci muka senang hati. Selesai mandi aku terus berjalan memakai  baju dan seluar, tak lupa juga untuk tarik zip keatas(biasanya aku lupa, patutlah ada pelajar perempuan hari 2 menjerit bila ak cakap nak pinjam dia, sebenarnya ak nak mintak dia tolong ajar math.hampeh). Pagi lagi rupanya dalam pukul 5 baru ak dah mimpi apa la tadi cakap aku lewat pergi kuliah, aduss. Baring balik atas katil dan aku mula berfikir sekejap baik aku berkhayal nak jadi kaya. Kaya....hmmh eh awak letcurer kan mari sini sekejap awak tahu ni kolej saya yang punya, sebagai pengarah saya nak letcurer saya semua datang awal, kenapa awak ni? "saya minta maaf pengarah saya punya kereta tayar pancit". "Saya tak nak awak lewat lagi, awak tu perempuan mari sini saya ada hukuman untuk awak, bukak baju sekarang".. Encik saya tak nak lah Encik buat camni....kalau urut badan Encik boleh lah jugak saya buat, saya malu la Encik". "Aidil bangun aidil ko tak nak pergi kuliah ke hari ni?" sapa cakap tak pergi, ak pergi? "Habis tu kenapa tak mandi lagi?" Dah la...baru aku sedar ak cuma mimpi, aduss dah best mimpi ak kenapa la farid kejut ak haha.


Sampai je kat bilik kuliah, ramai budak pandang ak pas2 gelak. Something yang tidak kena ni, member ak tegur aku cakap aku pakai baju terbalik,wahhhh.....terus ak pergi toilet nak betulkan baju, dan ini first time camni.janganlah ulang lagi, memang memalukan. Seperti biasa pengajaran bermula. Sambil aku lihat kedepan aku terpandang gadis idaman aku amirah yang pakai baju warna merahjambu, ouch you touch my heart, oh come to papa my baby. Aku senyum sorang-sorang(syok sendiri). Kawan sebelah bad mood tengok perangai ak, last-last aku dengar dia membebel "ko nak belajar ke nak bercinta" ak balas balik...."rileks la bro aku tak kacau ko pon"....muka dia merah padam dia cakap kat aku "habis 2 kalau ko tak kacau aku kenapa tangan ko pegang tangan aku ni".. aku gelak, "la sorry kamal ak tak sengaja". Lawak jugaklah bila fikir balik tentang apa yang berlaku kat bilik kuliah pagi tadi. Kini time aku ulangkaji apa yang diajar oleh Dr. halimi. Selepas ulangkaji dengan buat soalan serta menghafal aku mula menulis blog untuk hari ni, kebiasaan aku kurang tulis tentang aku tapi sebab menarik aku tulis jelah, mungkin tamat belajar kat U ni nanti ak baca balik cerita yang ak tulis untuk kenangan ak. :b

Monday, January 3, 2011

Bagaimana nak jadi FAMOUS.

TERKENAL.
1.Rakam gambar anda sedang bermain gitar dan di akhir video tinggalkan nombor telefon anda dan masukkan dalam Youtube, manalah tahu ada orang berminat dengan band anda dan mahukan anda menyanyi di majlis atau di undang menjadi pelakon atau sain kontrak untuk lagu korang.

2.Buat video seperti movie dan korang buat gempak habis lebih gempak dari yang ada kat wayang dan upload ke Youtube atau hantar ke pengarah filem ke produksi filem untuk dipertimbangkan, dapat jadi pelakon pun best  ada rating.haha.

3.Pergi ke FINAS mintak jadi pelakon atau pelakon tambahan, hmm boleh ke atau kalau ada pertandingan untuk cari pelakon, cubalah!

4.Jual air di pasar malam anda akan dikenali ramai.haha.

5.Amalkan berdiri di tempat yang ramai orang dan anda menjerit "sayur..... sayurrr." tempat ini mungkin di pasar borong. Anda famous sebab awek beli sayur kat anda.haha. dan mungkin minta no fon untuk perkhidmatan anda.

6.Petua 2 di atas ini korang boleh cuba atau anggap ia salah satu idea dan memikirkan cara lain. Kalau korang ada cara yang lebih bernas, sila komen dan kongsikan cara korang. Thanks.

Saturday, January 1, 2011

StuDeNt MaLaYsIa kiNi kEmBaLi dArI CuTi

Aku baru balik cuti dan sememangnya tempat ni best sangat, aku rasa bertahun jugaklah aku nak kumpul duit sampai sini. Tempat ni memang best sangat tapi aku sedih sebab tak dapat bawa kawan-kawan aku, sorry gang.(Sapa suruh tak simpan duit uweeeekk). Tempat yang ak pergi ni best sangat dan cantik serta orang-orang disini putih semuanya. Nak tahu kenapa sebab sini kan London, mesti lah kulit putih bertambah dengan cuaca sejuk. Ini gambar yang sempat diambil ketika berada disana.



















Ak berterima kasih kat member ak yang sorang ni iaitu amir yang banyak nasihat ak untuk cuba booking awal flight. Thanks amir. Lain kali ada peluang nak bawa family pulak. Dan ni picture yang cantik di tepi tasik.
PANTUN DARIKU:
MALAYSIA DAPAT PINGAT GANGSA,
MENGHARUMKAN MALAYSIA,
AKU PERGI DI TASIK PARIS BERSAMA JOHN LOSA,
DISINI ADA ANGSA,
TERINGATKAN FAMILY DI MALAYSIA,
 BERITA SUKAN SAMPAI KE PARIS DARI ASIA,
TERIMA KASIH KEPADA SI DIA KERANA DIA HAKU DI SINI SENYUM SENTIASA.


FACEBLOG.